PUSAT PEMBANGUNAN BOLASEPAK CIMB YFA BINTANG MUDA

30 April 2007

Laporan Latihan Untuk Kategori U8 (April 2007)

Sehingga 30 April 2007, Kategori U8 Pandan Indah mempunyai pelatih seramai 49 orang. 8 latihan mingguan beserta satu karnival dalaman telah berjaya dijalankan. Antara latihan yang telah berjaya dijalankan adalah seperti berikut:

01 April 07 : Karnival Bolasepak YFA U8 2007. Tiada latihan dijalankan

07 April 07 : Teknikal : 3 pemain penyerang berlari serentak membuat hantaran melintang.
Skil : 3 pemain penyerang perlu melepasi 2 pertahanan untuk menjaringkan gol
Kecergasan : 9 bola diletakkan dalam Grid 20 X 20. Pemain dipecahkan kepada 4 kumpulan. Setiap pemain hanya dibenarkan menggelecek satu bola pada satu masa. Kumpulan terpantas mengumpul 5 bola dikira pemenang.



08 April 07 : SSG : Pemain dilatih untuk bermain dalam suasana perlawanan sebenar dengan menggunakan tiang gol berukuran 5 X 8.

14 April 07 : Teknikal : Bahagian kaki yang betul semasa menerima & membuat hantaran.
Kecergasan : Dalam Grid 20 X 20, pemain dipecahkan kepada 2 kumpulan dan ditempatkan dikon yang berasingan. Pemain membuat larian berganti-ganti sambil membawa bola.

15 April 07 : Teknikal : Pemain dilatih bermain menggunakan akal, mata & mulut.

21 April 07 : Teknikal : ‘1st Touch’ (kawalan bola menggunakan kaki tengah, dalam & peha) serta mematikan bola menggunakan kaki tengah.

22 April 07 : Teknikal : ‘1st Touch’ (penggunaan kaki dalam, luar & peha) & membuat hantaran
Skil : 1 v 1 & 2 v 2

28 April 07 : Teknikal : Mematikan bola. Membuat lontaran ke dalam.
Kecergasan : Pemain berlari anak mengelilingi Grid 20 X 20. Pada tiupan wisel pertama, pemain depan sekali memecut meninggalkan kumpulan untuk mengejar kumpulan yang sama.

29 April 07 : Teknikal : Hantaran dekat (kaki dalam & tengah), lontaran ke dalam (tegak & lentik) & hantaran bola lambung
Kecergasan : Laga lutut. Pemain mengangkat sebelah kaki ke belakang dan cuba menjatuhkan pemain lain menggunakan lutut. Pemain diajar untuk menyeimbangkan badan.

Lain-lain

1. Karnival Bolasepak YFA U8 2007 kali kedua pada 1 April 2007 telah dapat mencungkil banyak bakat baru yang selama ini tidak dipamerkan.

2. Penerimaan 2 tiang gol baru berukuran 5 X 8 banyak membantu pemain membiasakan diri dalam situasi sebenar perlawanan

Peralatan

1. Setakat 30 April 07, kategori U8 mempunyai 10 bola Figos (baru), 2 bola lama, 8 bib hijau & 2 bola Adidas untuk pertandingan. Peralatan yang rosak pula adalah 4 bola Figos & 1 bola lama

Cadangan

1. Penyediaan kotak pertolongan cemas (First Aid Kit) semasa latihan.


Disediakan oleh,