Kategori U8 mempunyai pelatih seramai 40 orang. 7 latihan telah berjaya dijalankan sepanjang bulan Januari 2007. Antara latihan yang telah berjaya dijalankan adalah seperti berikut:
13 Jan 07 : Pengenalan bahagian bola, bahagian kaki, hantaran dekat (bola mati), terima bola (statik), hantaran dekat sambil berlari & terima bola sambil berlari
14 Jan 07 : Cipta ruang untuk buat hantaran, cari ruang untuk terima hantaran diakhiri dengan SSG
21 Jan 07 : Situasi ‘1 touch’, ‘2 touch’, ‘3 touch’ (penggunaan akal), pentingnya melihat bola, kawan & lawan (penggunaan mata) diakhiri dengan SSG
27 Jan 07 : Lontaran ke dalam, tendangan tinggi, ‘1 touch passing’, ‘2 touch passing’ & ‘3 touch passing’ diakhiri dengan SSG
28 Jan 07 : Acahan badan secara ‘zig zag’, gelecek bola secara zig zag’, jaringan gol diakhiri dengan SSG
Lain-lain
1. Setiap kali sebelum latihan berakhir, pemain akan berlari anak mengelilingi padang sambil meneriakkan ‘in’ (tarik nafas) & ‘out’ (hembus nafas) diyakini boleh menaikkan semangat kepada pemain serta memantapkan stamina.
2. Pengenalan ‘Captain Armband’ kepada pemain yang menunjukkan kesungguhan semasa diajar jurulatih serta kesungguhan semasa SSG. Pemain ini akan dipakaikan ‘Captain Armband’ selepas SSG dan mengetuai pemain lain dalam larian keliling padang di akhir latihan. Mampu meningkatkan prestasi pemain semasa berlatih.
3. Pengenalan tugasan di rumah (homework) kepada pemain. Latihan terarah kepada latihan untuk stamina pemain seperti pijak bola statik (ball stepping) & pijak bola sambil berpusing sekurang-kurangnya 50 kali setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat.
4. Pengenalan ‘Sistem Merit’ untuk menilai prestasi pemain dalam latihan. Sistem Merit ini meliputi Teknik Asas, Teknik Lanjutan, Mental, Fizikal & Emosional. Diberi kepada ibubapa setiap hujung bulan.
Peralatan
1. Setakat 28 Jan 07, kategori U8 mempunyai 12 bola figos (baru), 3 bola lama & 8 helai bib warna hijau.
Cadangan
1. Penggunaan tiang gol yang sesuai untuk SSG supaya pemain dapat menyesuaikan diri dalam perlawanan sebenar.
Disediakan oleh,